Thursday, August 14, 2008

PERMINTAAN

Permintaan untuk produk keropok lekor dijangka akan meningkat selaras dengan potensi industri ini. Program Penyelidikan dan Pembangunan amat penting untuk menghasilkan pelbagai citarasa keropok lekor dan pada kos pengeluaran yang kebih rendah.

SLIDE SHOW

PRODUK YANG DI BEKALKAN

  • KEROPOK KERING TERENGGANU
  • KEROPOK LEKOR
  • KEROPOK LOSONG
  • KEROPOK UDANG
  • KEROPOK SAYUR
  • SOS PENCICAH
  • BUDU DLL
  • ISI IKAN SEGAR

RANCANGAN OPERASI

1.1 Proses Operasi

3.1.1 Mengadun

Isi ikan, tepung kanji, tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais diadun dengan menggunakan mesin penggaul (mixer) sehingga sebati (30 minit). Adunan yang telah sebati dapat diketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.

3.1.2 Membentuk

Adunan yang sebati dibentuk menjadi batang keropok menggunakan mesin pembentuk keropok (extruder) atau roller mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya anggaran berat setiap batang keropok adalah di antara 450 g hingga 550 g.

3.1.3 Memasak

Batang keropok lekor direbus menggunakan dapur merebus selama 30 minit atau sehingga ia terapung di permukaan air.

3.1.4 Mengetos

Keropok yang telah siap direbus, ditos dan disejukkan dengan menggunakan kipas pada suhu bilik.

3.1.5 Membungkus

Keropok lekor yang telah sejuk, diangkat dan dibungkus menggunakan bekas plastik serta ditimbang mengikut berat yang dikehendaki. Plastik ini dipatri dengan menggunakan mesin kedap udara (Vacuum Packaging).

3.1.6 Penyimpanan

Keropok Lekor dibungkus dan disusun dengan rapi dan disimpan di dalam Bilik Sejuk beku pada suhu -18ºC sebelum dipasarkan.

CARTA ORGANISASI









PENGENALAN

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk dari pelbagai golongan di negara ini dan juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat ramai pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah. Perusahaan ini dijalankan secara turun-temurun.

Terdapat beberapa jenis keropok yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha seperti keropok lekor, keropok kering, keropok bersira dan keropok berperisa udang dan sotong.

Keropok boleh disediakan dari pelbagai spesies ikan seperti selayang, tamban, parang dan ikan campur.

Mengikut Akta Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji serta kandungan protein tidak kurang 12 peratus.