Thursday, August 14, 2008

PENGENALAN

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk dari pelbagai golongan di negara ini dan juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat ramai pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah. Perusahaan ini dijalankan secara turun-temurun.

Terdapat beberapa jenis keropok yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha seperti keropok lekor, keropok kering, keropok bersira dan keropok berperisa udang dan sotong.

Keropok boleh disediakan dari pelbagai spesies ikan seperti selayang, tamban, parang dan ikan campur.

Mengikut Akta Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji serta kandungan protein tidak kurang 12 peratus.

No comments: